Dulu aku pelari jarak jauh semasa di Sekolah Alam Shah (1993-1997), antara acara yang berjaya merangkul pingat emas adalah acara lari berganti-ganti lebuh raya, dengan izin road rally. Itu dulu, kini sejak kerja dalam udara sejuk dan nyaman, dengan izin air-cond. Tahap stamina semakin menurun walupun selalu bermain futsal. Perut semakin membesar, apabila pulang ke kampung mak aku terkejut kenapa aku semakin gemuk, mak aku kata aku makan rasuah!! Aku gelak besar!
HARAP MAAF
Harap maaf kerana blog frendster, ada masalah sikit
Post yang terdahulu telah hilang dari pandangan
Aku tidak tahu mengapa konspirasi ini berlaku
Harap maaf jika menanti post saya, saya mungkin mengambil masa
Atau mungkin meninggalkan blog ini
Mencari tapak blog berjenama lain
Sungguh emosi sedih kerana berkira-kira ingin meninggalkan blog yang hampir 3 tahun ini (tapi saya sangat suka, tak tahu kenapa)
Terima kasih kepada penyokong-penyokong kuat saya..Cikgu Rasis, Cikgu Fairuz, Nurul dan mereka dalam kawan-kawan friendster yang seramai 37 orang sejak berkecimpung dalam dunia FS
Dengan ini saya tinggalkan anda lagu dari Datuk Siti Nurhaliza bertajuk Sekian Lama, tapi malangnya tak boleh dengar disini, pergilah ke Kedai CD atau Keset berdekatan dengarkan lah atau lagi praktikal kamu boleh pergi ke YouTube.
Sila je—> http://www.youtube.com/watch?v=Ybpy29BnS9g
aMan
2005-2008
selamat hari raya aidilfitri dan juga selamat deepavali
:: Perfume: The Story of a Murderer (2006)::

Beberapa minggu yang lepas aku menonton filem yang aku anggap terbaik pernah aku tonton di HBO (ASTRO), filem ini dikategorikan filem ‘twist’ dan mempunyai unsur ‘roh’ bagi sebuah filem thriller. Lagu dalam filem ini ‘menyedapkan’ lagi perjalanan sebuah filem yang tidak begitu ‘glamour’ atau dikritik oleh waratawan hiburan tempatan…
Bayangkan seorang lelaki misteri dapat menghidu bau sang gadis sunti [Awas:Ini bukan cerita Sumpahan Orang Minyak tiada adegan perkosaan], deria bau lelaki misteri sangatlah kuat, sehingga boleh menghidu haruman wangi sang gadis sunti ini sejauh mungkin waima 100 meter. Bukan itu sahaja lelaki yang bernama Jean-Baptiste Grenouille ini sejak lahir lagi boleh menghidu pelbagai bau dari jauh dan mengenalpastinya walau menutup mata atau tidur.
Objektif utama adalah mencipta haruman yang paling wangi di dunia ini lebih wangi dari jenama Avon
, bukan dari bunga atau campuran bahan kimia tetapi minyak dari badan sang gadis sunti yang jelita. Lalu lelaki misteri ini ingin mengekalkan haruman badan sang gadis suntii, lelaki misteri berusaha ‘menanggalkan’ haruman sang gadis sunti ini dengan mengambil ‘minyak’ wangi badan gadis tersebut. Caranya adalah dengan membunuh beberapa orang gadis dan ‘minyak’ badan gadis tersebut di simpan. Minyak itu diambil dari lemak badan gadis tersebut dan dipanaskan [memang lazat dan mengelikan kalian]
Hasil arahan Tom Tyker berdasarkan sebuah novel ini memang teruja untuk ditonton, plot dan penceritaan yang amat baik serta berlatarkan Perancis pada abad ke-18.Aku bukanlah pencita minyak wangi cuma aku dapat mengetahui bagaimana bunga ros dijadikan minyak pada abad ke 18 dalam filem tersebut, mesin yang digunakan mungkin boleh bau badan kalian dijadikan minyak tetapi kamu harus korbankan nyawa. [Nak minyak badan kamu kenalah mati]
Wayang gazet Perfume, copy dan paste [bukan klik tau] —–> http://www.metacafe.com/watch/499977/perfume_movie_trailer/
aMan : BODYSHOP, CALVIN KLEIN, RALPH LAUREN, HUGO BOSS, ESTEELAUDER,DAVIDOFF, GIORGIO ARMANI dan SWEETHEART, antara berikut yang mana satu sahaja buatan tempatan? , BUKTIKAN!..uhuhuh
::POPULAR & GLAMOUR::
"Kerana terlalu admire, seseorang artis menjadi pujaan dan dianggap
sebagai idola atau diva. Peminat tidak peduli apa yang pujaan mereka
buat. Bagi mereka semuanya betul.Ramai juga artis yang popular dalam kelompok ini. Mereka
berasakan dirinya masyhur, sudah ada kuasa dan boleh buat apa saja yang
mereka suka dengan ‘kuasa’ populariti yang mereka peroleh,"-Sifu M.Nasir
Anugerah Bintang Popular baru berlalu semalam, buat Mawi dah tiga kali dia menang berturut-turut dan ntah mana Mawi nak parking kerta mewahnya (buat hantaran kawin EKIN
).
Tiada kejutan seperi tunami pilihanraya ke-12 bagi Anugerah Bintang Popular kerana yang mengundi pun dapat hadiah kereta dan ini akan mempengaruhi undi . Cuma ada kejutan bagi pelakon filem paling popular yang dimenanginya oleh Rusdi Ramli.Tahniah Rusi Ramli aku suka lakonan sejak SPEKTRA RTM tahun 90-an lagi.
Anugerah kali ini juga meletakkan radio ‘hangat’ HOT fm apabila gandingan FA-FAU berjaya merobohkan dinasti ERA fm (kakadang pening kepala aku dengar radio Era pagi, buat apa ramai-ramai kat konti dengan terjerit sana sini, fening la dah la jalan jam pagi-pagi)
Cuma glamour di atas karpet merah negara sendiri, itulah artis kita. Mewah disaluti berlian Habib. Emak aku pernah bertanya, kenapa diorang suka berkemban waktu malam kat Genting! Aku jawab mereka mahu glamour lagi jarang lagi vogue! Mak aku membalas, vogue tu apa, vogue tu..errrr aku pun jawab macam jenama pakaian Prada..:) Mak aku pening kepala, orang kampung mana tahu fesyen ala-ala artis kita! Apa pun mak aku paling glamour! Baik Punya! bak kata Dafi
aMan : Aku tak tgok Bintang Popular semalam, lebih teruja menyaksikan perlawanan Liverpool vs Everton nasib baik menang..miow!
Rujukan pagi tadi aku Bintang Popular :Ulasan dan Pemenag Bintang Popular Berta Harian
Mari Mengundi
Buat kali kedua dalam hidup aku akan menunaikan tanggujawab rakyat Malaysia iaitu mengundi..
Tahun ini tidak perlu bersusah payah balik kampung macam dulu, sebabnya aku akan mengundi secara pos..
Tahun ni aku terlibat dengan SPR,selain elaun yang masyuk aku juga ingin melihat perjalanan pilihanraya ini telus dan juga pengundi hantu? .Adakah benar dakwaan pihak tertentu. Aku akan menjadi kerani undi di Parlimen Batu,KL
Begitu juga bermula pilahanraya ini ada kotak lutsinar dan juga kulit jari akan dicatkan ala-la inai.
Yang berumur 21 tahun dan yang mendaftar marilah mengundi 4 tahun sekali je, undi Akedemi Fantasia berhabis duit tiap-tiap tahun boleh.Apa salahnya keluar sekejap.
Rata-rata remaja masa kini yang berumur 21 tahun keatas tiada kesedaran nak mengundi, dulu dikampung belia sanggup panjat pokok kelapa untuk tampal poster dan sebagainya. Tapi paling syok dapat kain batik percuma dari wanita UMNO..hahah
Selamat mengundi dari saya dan SPR
Semakan Pemilih :SPR
Post Mengundi Saya:N35:GEMENCHEH
Alam Persekolahan

20 Tahun dahulu, bermula zaman persekolahan. Pakaian pada masa itu masih lagi baju putih dan berseluar pendek hijau. Ayah akan memerhatikan aku dari jauh disebalik pagar sekolah. Aku masih ingat duit belanja sekolah yang diberikan ayah cuma 40 sen. Cikgu memberi buku teks sekolah percuma tapi pinjaman. Perkataan yang aku berjaya mengeja pada masa itu adalah KAYU.
Kelas yang aku gemari adalah kelas muzik, lagu yang kami nyayikan adalah PAPAKU PULANG DARI KOTA,PAPAKU BELIKAN KERETA dan BUNGA MATAHARI SGT CANTIK
Hari ni pejabat aku lenggang..
Mak dan ayah pergi sekolah juga..
:: Makanan Segera::

Bertahun aku berkerja di restoran makanan segera..err no 2 terkenal di Malaysia tu. Aku tak lah gemuk pun.Berat aku kekal 50kg hingga kadang kala jatuh 49kg paling tinggi rendah. Mungkin kadar metabolisme aku tinggi? mungkin?
Sebab apa aku tak gemuk-gemuk walaupun sudah berpuluh Big Mac aku telan? Sebabnya kerja aku berlari ke sana kemari membuat Big Mac.Nak lagi kalau sale RM 30 000 sehari. Berkejaran sana ke mari.Terasa macam lari merentas desa. Siap Big Mac melayang lagi..hahaha takbur!
aMan : Moralnya, makan makanan segera perlu diseimbangkan dengan senamam yang konsisten! Kalori yang tinggi dalam makanan segera boleh dikurangkan dengan mengeluarkan peluh..caranya makan Big Mac pas tu lari 10 pusing padang bola Taman Gasing.
:: Cawat Besi::
Satu bancian telah dijalankan dalam Utusan Online. Aku turut menjadi ’sukarelawan’ dalam kaji selidik tersebut sebagai responden rawak.
Bancian itu dibuat tentang pemakaian cawat besi oleh kaum wanita untuk mengelakkan jenayah rogol yang semakin berleluasa. Beberapa NGO juga ada yang menyokong dan juga yang bersikap konsevertif.
Pernah sekali aku tengok cawat besi itu dalam Discovery Chanel. Pelbagai jenis cawat besi, ada yang pakai kunci lagi dan ada yang berbentuk tajam seperti berduri.
Untuk mengelakkan gejala rogol ini berleluasa adalah sikap lelaki juga perlu diambil serius, lelaki seharusnya kuat iman dan seharusnya tabah dari godaaan. Yang perempuan pun satu asyik dok pakai pakaian yang tak cukup kain sana-sini.
Aku bukan memihak sebelah pihak. Yang lelaki pun dok gatal sangat sapa suruh. Kalau nak sangat terus kawin dan layarilah bahtera anda dengan mengikut hukum dan syariat.
Memetik kata-kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam Bernama yang sinis dan serius berkata :
"Ia terpulang kepada diri seseorang itu sendiri, walau satu badan dipasang dengan besi, kalau (orang jahat) nak buat apa-apa pun memang dia boleh buat, dia boleh cari macam-macam kunci untuk buka besi tu,"
-errrr..sekali macam mencari harta karun da! Cari kunci untuk buka besi..
aMan : Aku pilih no 3 dalam kaji selidik tersebut : " Peti besi boleh dibuka inikan cawat besi!!" :).
Biarlah iman yang besi, tak payah pakai benda-benda lain
: Polis :
Mesra-Cepat-Betul!
Slogan Polis Diraja Malaysia..
Setiap malam ada sahaja Polis yang buat rondaan dan sekatan jalan raya di Taman Gasing Indah.Maklumlah ada kes pembunuhan di kawasan Gasing.
Satu malam aku ditahan kerana merempit..hahaha aku buat lawak.
Tak adalah, aku kena tahan habis satu badan diperiksa. Pegawai Polis yang berjawatan tinggi memeriksa lesen dan moto aku.
Pegawai tu dah lah marah aku dengan bahasa yang agak kasar.Aku tak melawan cakap dia, nanti tak pasal-pasal tido lokap.
"Kenapa bawak laju-laju moto nih..Merempit ke malam-malam ni"
-mana aku bawak laju, dah lah roodblok tu betul-betul turun bukit, tak sempat aku nak berek. Nak buat sekatan pun buatlah kat jalan lurus atau selekoh ke.
"Muka kau macam laloq je, isap ganja ke?"
-Ceh, aku baru balik kerja memang muka letih buat OT lagi
Pegawai polis sepatutnya bertimbang rasa dan bersikap berbudi bahasa. Contohnya kalau aku jadi polis.Kalau aku jadi polis la..
"Selamat Malam..kami dari Balai Polis PJ membuat sekatan jalan raya..err tunjuk IC DAN lesen. "
"Ok..terima kasih, dari mana nih. Bawak moto baik-baik ye.Hati-hati memandu ingat orang tersayang"
…itu aku lah kalau jadi Polis.Susah aku nak jumpa polis yang berbudi bahasa.Ada yang aku jumpa boleh pulak isap rokok marah aku.Ini ke Polis!!!!! Damm!
Setelah lebih kurang lima minit aku dilepaskan pergi semua OK.
Sepatutnya kempen Berbudi Bahasa diserapkan dalam PDRM.
BERBUDI BAHASA-MESRA-CEPAT & BETUL
aMan : Aku hormat Polis, tapi kalau Polis tak hormat kita?
::Misteri Kucing::
Miow..miow..miow..
Suara anak kucing memecah kesunyian di rumah teres dua tingkat Taman Gasing di waktu malam…
Aku bersama Lee mencari suara anak kucing itu..
Bunyi suara itu berdekatan dengan parkir motor rumah kami..
Aikk..tak kan anak kucing dalam bakul motor kot!
Rupanya dalam longkang yang terselindung..Lee menyuluh lampu suluh kecil yang hampir malap..
Alamak..anak kucing..kesian anak kucing rintih Lee.
Aku menderma baju buat membaluti anak kucing itu dalam kesejukan malam sebagai ganti selimut..Kami lega dan terus tido
Good nite & Sweet Dream Mimi..errr aku namakannya Mimi, anak kucing itu.. MIow..miow..balas anak kucing itu
aMan : Pagi esoknya sudah hilang Mimi..mungkin Emak Mimi datang ambil..



