Santai
Hari ni aku cuti, rehat di rumah. Nak keluar tak boleh jerebu. Gatal tangan asyik main remote astro yang penutup baterinya tercabut. Aku tekan kat saluran Astro Ria. Pukul 12 tengah hari, cerita Astana Idaman 3. Watak orang Melayu jadi kaya. Kereta mewah, rumah banglo 4 tingkat dan juga skandal sana sini. Lakonan pelakonnya mantap.Ada pelakon baru dalam siri Astana Idaman ini iaitu Leez AF.Ramai lagi otai lama kalau bukan Jalaluddin Hasan dan juga Rozie. Walaupun cerita streotaip, cerita orang Melayu berlagak kaya..terpaksa lah layan juga..uhuhuhu!
Lepas tengok cerita orang Melayu berlagak kaya. Aku tengok Rancangan Ziarah. Rancangan ni ala-ala jejak Rasul juga. Wan Kamarudin dan Dang Suria ziarah negara-negara Islam di Asia Barat, contohnya Lubnan dan juga Palestin. Kepayahan dan kesengsaraan anak kecil di bumi Palestin amat memilukan. Mereka lagi haus dan lapar di sana.
aMan: Berbuka ingatlah sahabat islam kita di negara yang penuh kesangsaraan jangan dok berlagak makan tak ingat dunia macam Astana Idaman.

nice one dude. Salam Ramadhan dari aku……….
PaW said this on October 9, 2006 at 10:31 am