header image
 

SELAMATKAN BUKIT GASING

Artikel_1

[Foto  Metro 20/11: Kelihatan aku yang bertanda anak panah.Klik dua kali pada keratan artikel ini untuk lebih jelas]

Lebih seribu orang telah berkumpul di padang permainan Taman Gasing yang juga berdekatan dengan rumah aku di Taman Gasing Indah. Mereka berpiket untuk membantah tindakan DBKL yang membenarkan satu projek pembangunan kondominium mewah di Bukit Gasing.Demonstrasi bermula pukul 4:30 ptg pada 19 November.

Aku juga turut serta walaupun penat berkerja petang itu. Melihat anak-anak kecil yang bersemangat melaungkan SAVE BUKIT GASING!Terlihat kelibat beberapa tokoh NGO dan wartawan termasuklah Sivarasa dari Keadilan Rakyat dan Karam Singh Walia dari TV3.

Bukit Gasing Indah yang nyaman dan penuh dengan hidupan liar termasuk monyet yang selalu ‘kacau’ tong sampah rumah aku kini akan terjejas disebabkan kerakusan pihak pemaju. Lintah darat pemaju yang ingin mencabul dan merogol bukit hijau di Bukit Gasing. Cewahhh…macam Karam Sikgh Walia lah pulak.. Cintailah alam sekitar demi masa depan anak cucu kita.

aMan : Sila ke laman web SAVE BUKIT GASING untuk melihat lebih lanjut serta laporan Bukit Gasing di Buletin Utama TV3 oleh Karam Sikh Walia

Perang Dunia 3?

[Foto : Utusan 12 Oktober]

Ujian nuklear Korea Utara ‘gemparkan’ dunia. US dan sekutu kuatnya ingatkan Iran atau Iraq yang akan melakukan ujian tersebut, tetapi Amerika telah tersilap. Ujian nuklear yang telah menyebabkan berlakunya gempa bumi pada 4 skala ritcher di kawasan pergunungan Korea Utara..errr tak silap aku la [baca : sila rujuk suratkhabar]. Ujian ini menyebabkan Korea Utara menunjukkan kekuatannya.Jika bergabung dengan Iran memang Perang Dunia ke-3 lah..Tapi kita doakan jangan lah.

Sila baca: Korea Utara ‘Isytihar Perang’

aMan : Teringat zaman Jepun

Santai

Astanaidamans3_3 Hari ni aku cuti, rehat di rumah. Nak keluar tak boleh jerebu. Gatal tangan asyik main remote astro yang penutup baterinya tercabut. Aku tekan kat saluran Astro Ria. Pukul 12 tengah hari, cerita Astana Idaman 3. Watak orang Melayu jadi kaya. Kereta mewah, rumah banglo 4 tingkat dan juga skandal sana sini. Lakonan pelakonnya mantap.Ada pelakon baru dalam siri Astana Idaman ini iaitu  Leez AF.Ramai lagi otai lama kalau bukan Jalaluddin Hasan dan juga Rozie. Walaupun cerita streotaip, cerita orang Melayu berlagak kaya..terpaksa lah layan juga..uhuhuhu!

Ziarah Lepas tengok cerita orang Melayu berlagak kaya. Aku tengok Rancangan Ziarah. Rancangan ni ala-ala jejak Rasul juga. Wan Kamarudin dan Dang Suria ziarah negara-negara Islam di Asia Barat, contohnya Lubnan dan juga Palestin. Kepayahan dan kesengsaraan anak kecil di bumi Palestin amat memilukan. Mereka lagi haus dan lapar di sana. :(

aMan: Berbuka ingatlah sahabat islam kita di negara yang penuh kesangsaraan jangan dok berlagak makan tak ingat dunia macam Astana Idaman.

Berbuka Puasa

[Amaran : Jangan terliur pulak ]

Aku bawa RM 10 pergi bazar Ramadhan Kerinci.Tup-tup boleh habis.Apa tidaknya air aku beli 3 warna. Air Tembikai, Air Jagung dan AIr Durian Susu. Kuih aku beli 5 jenis.Memang haru! Baik aku berbuka kat tempat kerja lagi kurang baget. Kat tempat kerja ramai pemurah derma kuih muih. Berbuka sekadar buah tamar sudah cukup. Di bazar Ramdhan juga ramai anak gadis yang comel memakai pakaian hingga nampak pusat islam [islam~aurat]. Aku tengok sekali sahaja.Tertengok la nak buat cam na.Bak kata orang tengok sekali rezeki, tengok dua kali dosa tau. Kuatlah imam ku!.

aMan : Suka kuih badak berendam. 10 kali pusing bazar Ramdhan akhirnya.Fuhhh nyum nyum nyam nyam.Tarawih tau, jgn macam mat we tarawih layan CD Smallville rekaat 21..errrr maksud aku CD Smallville yang no 21.

Jerebu Kembali Lagi

[Foto : Utusan 5 Oktober]

Nyanyi ikut lagu Selamat Hari Raya oleh Saloma

Selamat Hari Jerebu
Kepada saudara serta saudari
Setahun hanya sekali
Merayakan asap jerebu yang datang dari Indon

( ii )
Di masa bulan ramdhan
Kita hidu asap jerebu
Pabila jerebu menjelma
Kita  sambut dengan pedih mata

Korus i:
Miskin kaya memakai topeng muka(mask)
Pergi kuliah ataupun kerja
Sungguh hebat pemandangan di hari jerebu ini
Tua muda wajah berpinar-pinar..

Marilah bergembira
Bersama menanti pengumuman darurat
Mintak Dr Amran [pensyarah aku] notis cuti
Saya mahu  balik kg balik raya

(ulang i & ii )

Korus ii.
Maafkanlah jika ada aku ada bakar sampah
Diharap supaya jangan marah
Kuberdoa semoga jerebu ini cepat hilang
Semoga Tuhan akan memberkati

Selamat hari jerebu
Hari untuk kita pedih mata
Selamat kami ucapkan
Untuk kita hingga sampai jerebu datang tahun depan

Selamat hari jerebu

aMan : Setahun sekali jerebu tiba, tapi tahun lepas lagi teruk siap masuk kat dapur rumah sewa aku lagi..Uhuhhu

Tonton CD

Cap033 Semalam tengok CD sebelum nak tunggu waktu berbuka. "Sikit Punya Gila" tajuk filem tersebut. Pelakon dia Hamid Gurkha dan Dharma Harun Rashid. Mengeletek perutku lihat lawak dalam filem ini. Tidak stereotaip lawaknya.

-

-

Cap024 Lawak yang tak mungkin dilupakan adalah lawak Yusni Jaafar tertelan jagung, leher dia tersangkut batang jagung. Pas tu kena hantar hospital. Suara Kak Yusni bertukar jadi lelaki. Bila Hamid Gurkha balik kerja malam. Kak Yusni sapa "Baru balik bang".Hamid Gurkha terkejut beruk!

Pas tu lawak Hamid Gurkha basuh ikan yang ingin dimakan.Hamid basuh guna berus gigi dan sabun basuh!

aMan: Terkenang lawak 80-an

Selamat Berpuasa

Inne2ehvawscagainazareenainazareen Ramadhan yang mulia tiba lagi. Selamat berpuasa kepada rakan-rakan blog yang dihormati dan diberkati selalu. Selamat bersahur juga [asyik selamat berpuasa je, bukan kah makan sahur sunat]…selamat bersahur buat sahabat blog Cikgu Rasis, Nurul UITM, Cikgu Fairuz, Ijan, Lan UPM dan juga kepada semua yang baca atau terbaca blog ini. Tidak dilupakan buat Datuk K dan Siti, jgn lupa bersahur tau..heheh gurau je.

aMan : Selamat Berpuasa dan Sahur!

Liverpool Ku

Kawan ku Amat kutuk liverpool.. "Apa ni liverpool dah lah kene taram ngn Everton 3-0, pas tu kalah kan Chelsea..x ada harapan langsung"

aMan : Walaupun kalah banyak..aku tetap setia tidak seperti Amat kejap Real Madrid pas Barcelona pas tu Arsenal.Aku rasa baik kau sokong Perak Jenderata!Uhuhuh

Pilihanraya Kampus

(gambar sekadar aksessori sahaja..tiada kaitan.Kredit foto <mahasiswa harapan web)

Marilah Mari Pergi Mengundi

Jangan lupakan Pangkah Aku..

Tunaikan tanggungjawab jika tidak kau akan dibuang kolej

Marilah Mari Pergi undi awek cute…

Ye..pilihanraya[penamaaan calon] kampus[baca: kampus koprat kerajaan] sudah bermula pagi tadi..syok tengok gelagat junior..hahahah! Ini undi aku yang terakhir.Buang undi di rumah sahaja!Hehehe.. :)

aMan : Untuk menjadi kenangan tahun ni nak bawak balik kertas undi kawasan umum dan fakulti.

Final Piala Malaysia: Hoben Jang Hoben

[Baca: Cakap Bahasa Rasmi Negeri Sembilan]

Images

Den dilahirkan kek Tampin dan dibosarkan kek Gomoncheh,Nogori Sombilan.Den ulang suaro..Nogori Sombilan. Esok Final Pialo Malaysia: Nogori lawan Perlis kek Stadium Bukit Jalil. Den sokong Nogori sojak den kocik lagi tau. Waghig den!

Apo laie. Meh gi stadium. Kito samo2 sokong nogori!bukan sonang nak tengok nogori main.

aMan :Esok aku ngn Adib gi stadium, tiket RM20 sudah kami beli.58 tahun Negeri Sembilan menanti untuk merangkul juara.Kalau monang gorenti MB bagi cuti..errr sorry bukan cuti kek Petaling Jaya atau KL, Tapi cuti kek kawasan jajahan Negeri Sembilan. Berikut adalah gambar semangat nogori. Hobin Jang Hobin!!!!!

Gambar Tanda Den Fanatik NogoRI sEMbilan Tau..uhuhuhu!!:

Negerisembilan15c550 [stem nogori tahun 1995]

N9

[gambar MB nogori]

Minangkabau_women [awek nogori]