Fuhhh! Cukup ! Teruja! Walaupun pun aku bukan minat genre muzik yang ‘hardcore’ tetapi begitu terpegun aku tengok rancangan realiti ini. Rockstar: Supernova Finale, aku tengok siaran ulangan pukul 2:30 pagi hingga 4:30 pagi semalam, saluran 70:Star World, ASTRO.
Rancangan ini ingin mencari bakat yang unggul untuk menyertai kumpulan rock terkenal iaitu Supernova [baca KOSMO: kumpulan ini mungkin dikenakan tindakan makamah kerana ada kumpulan rock lain yang menggunakan nama Supernova]
Sapa juara semalam? Ya nama dia tak silap Lukas Rossi berjaya mengalahkan calon wanita Dilona..err tak silap aku lah. Rancangan ini memang sungguh realiti dan berkualiti berbanding dengan Akedemi Fantasia..Hahahahha! Tapi rancangan ini bila dah terlalu hardcore, pelbagai perkataan TUTT!TUT!TUT!.Hahahaha! [baca: bukan sahaja lisan tetapi secara adegan tangan TUT!TUT!TUT! Yang pasti bukan itu yang aku tengok tetapi kesungguhan mereka dalam menjuari rockstar. Best sangat aku tengok Lucas Rossi nyanyi lagu favirato aku minggu..errr ntah minggu berapa ntah [Lagu :Coldplay,"Fix U"]. Selain itu juga teruja dengan Basiss ex-Metellica.
aMan : TV Malaysia tiru juga..Rock Unite! Hahahaha! Jika anda tiada astro di rumah. Sila ke laman rasmi Rockstar:Supernova




